fbpx

Amyra Rosli Akui Kini Solo & Tiada Ikatan Dengan Mana Mana Lelaki

Selepas perkahwinan pelakon ini dengan kekasihnya, Dazrin Kamarudin dibatalkan atas sebab yang sehingga kini tidak diketahui, ramai beranggapan yang ianya hanya tertangguh kepada satu tarikh baru kelak namun kenyataan terbaru dari pelakon ini menyatakan sebaliknya.

BACA: Dazrin Kamarudin & Amyra Rosli Tak Jadi Kahwin

Amyra Rosli bercakap kepada Kosmo! hari ini memaklumkan yang dirinya kini sudah tidak terikat dengan mana mana lelaki dan lebih selesa hidup sendirian selain fokus kepada kerjaya.

“Apa yang boleh saya jelaskan di sini, saya kini bersendirian dan tidak terikat dengan siapa-siapa. Sememangnya saya akui, ia keputusan yang sangat berat buat kami berdua, namun segalanya telah tertulis. Lagipun, masih banyak lagi yang masih belum dikecapi termasuk bidang karier seni dan kehidupan kami,” ujar Amyra Rosli sebagai penjelasan.

Beliau turut menambah yang hubungan dengan Dazrin masih baik dan mereka masih berhubung tetapi sekarang semuanya soal kerja dan keputusan yang diambil dipersetujui oleh kedua dua belah pihak dan berharap semua boleh menghormati keputusan mereka.

“Buat masa sekarang, saya enggan memikirkan mengenai teman lelaki. Saya mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada karier seni. Kebelakangan ini, rezeki dalam bidang lakonan bertambah dan saya sangat bersyukur apabila pihak produksi mula memandang kebolehan,” tambahnya.