Ameng Nekad Tebus Semula Jasa Baik Isteri

Lima tahun tanpa suami. Itulah apa yang perlu dilalui oleh isteri Ameng (kumpulan Spring) iaitu Sabariah. Dalam jangka waktu tersebut juga, Sabariah banyak bersabar malah turut berkongsi tentang perubahan Ameng sepanjang penyanyi tersebut di dalam penjara kepada portal MediaCorp.

BACA: 5 Tahun Dipenjara, Ameng Spring Bakal Dibebaskan

“Keluarga dia ambil berat. Takdelah teruk sangat sebab I dengan anak saja. Mak I banyak tolong back-up. Orang tua mana nak tengok anak dia susahkan? I rasa kalau tidak ada mak I, I tak akan kuat,” kata Sabariah.

Tambah isteri kepada Ameng itu lagi, setiap kali ke penjara untuk menjenguk suaminya, Ameng pasti akan bertanyakan sama ada Sabariah sanggup lagi menunggu Ameng sehingga dibebaskan. Ameng rajin berpesan kepada Sabariah agar jangan tinggalkan solat dan mengaji.

“Saya janji saya akan ganti balik apa yang darling dah buat untuk saya, tanggungjawab yang darling dah galas,” antara kata kata Ameng kepada Sabariah . Tambahnya lagi, suaminya itu kini sudah mengenali al-Quran dengan lebih mendalam malah turut menjadi wakil penjara untuk pertandingan tilawah.

“Macam tidak percaya bila Ameng boleh menghafal beberapa surah Al-Quran. Ameng kata dulu dia buta huruf, dia mengaji dan menghafal. Dia cuma mendengar isteri mengaji di rumah. Dalam solat pun Ameng kata apa yang dia baca adalah hafalan”

“Sekarang Ameng dah boleh mengenal huruf. I rasa berbaloi dia duduk penjara. Ia mendekatkan Ameng pada agama,” katanya yang turut dinasihatkan oleh pengarah penjara untuk sentiasa berada di sini Ameng. (rtky/s)

×