fbpx

Amar Asyraf Dan Tunang, Arna Salleh Kahwin Minggu Ini?

Nama beliau mungkin tidak sebesar pelakon popular yang lain tetapi aktor muda ini mendapat perhatian ramai semenjak beliau bawakan watak Zain dalam drama bersiri Setia Hujung Nyawa.

Amar Asyraf hari ini melalui akaun Facebook beliau seakan ingin beritahu para peminat yang beliau bakal menamatkan zaman bujang pada minggu ini — hujung minggu ini kami jangkakan tarikhnya.

“She who never let me slip away with the current, are my backbone for this 2 years and will be for all my life! I always knew that she is the one”

“And this week I’ll be her husband! I will take the responsiblity for all her action starting this weekend,” tulis beliau yang kami percaya ditujukan kepada tunangnya, Arna Salleh.

Nampaknya kita ada pasangan selebriti ketiga yang berkahwin hujung minggu ini selepas Beego & Linda Hashim dan Zahid AF. Sejuta tahniah di’dahulukan dari pihak kami buat Amar Asyraf dan bakal isteri.

UPDATE-1: Laporan Berita Harian mengesahkan yang Amar Asyraf & Arna Salleh bakal bernikah pagi ini (Jumaat, 7 Jun 2013) di Bidor, Perak sekitar jam 10.00 pagi. Semoga semuanya berjalan lancar.