fbpx

Aliff Aziz Hilangkan Diri Kerana Masalah Kewangan?

Tidak semena mena nama Aliff Aziz menjadi bualan ramai hari ini selepas ada laporan menyebut penyanyi dan juga pelakon itu menghilangkan diri sehingga tidak dapat dihubungi pihak pengurusan selain tidak hadir sesi fotografi dan juga persembahan nyanyian.

Perkara ini khabarnya sudah berlanjutan sejak lebih sebulan yang lalu dan Aliff Aziz juga telah memadam semua gambar miliknya di akaun Instagram rasmi selain memberikan status sebagai gambaran beliau mempunyai masalah melalui Twitter.

BACA: Aliff Aziz Hilang Dan Tidak Dapat Dihubungi, Cetus Tanda Tanya (ext.)

Berita Harian petang ini menulis yang ada khabar mengatakan Aliff Aziz mempunyai masalah duit sehingga terpaksa mengambil keputusan untuk meminjam dari pihak produksi.

Ibu kepada Aliff Aziz yang dihubungi wartawan Berita Harian memaklumkan anaknya itu sedang berada di Singapura dan pulang sejak 5 Syawal yang lalu. Beliau juga meminta semua pihak untuk berikan masa dan privasi buat Aliff Aziz ketika ini.

“Aliff memang di Singapura ketika ini. Sejak hari raya lagi dia sudah balik ke sini. Keadaannya baik-baik saja di sini. Dia ada di sini kerana ada urusan peribadi. Insya-Allah dia akan pulang dalam masa terdekat ke Kuala Lumpur”

”Makcik harap kiranya dapat diberikan masa dan privasi buat dirinya ketika ini. Tiada apa-apa pun yang nak diuar-uarkan. Insya-Allah nanti kalau dia balik KL and dia okay,” katanya.

Mengulas tentang tindakan memadam semua gambar di Instagram, ibu Aliff Aziz ada menambah yang mungkin anaknya itu tidak mahu aktif buat seketika. (rtky/m)