fbpx

Album Baru Siti Nurhaliza Boleh Mula Dimuat Turun, Awal 24 Jam

Tidak sabar untuk memiliki seluruh album Inggeris terbaru Siti Nurhaliza, anda boleh beli sekarang.

Pelancaran album Inggeris berjudul All Your Love ini akan di’adakan pada 24 September ini dan anda boleh memiliki seluruh album 24 jam lebih cepat.

Anda boleh melayari CD Baby sekarang untuk memuat turun semua lagu yang terkandung dalam album terbaru ini — pastikan anda mempunyai kad kredit atau akaun PayPal kerana yeah pastinya Maybank2U tidak boleh di’terima pakai.

Tidak tahu sama ada ianya kebetulan atau atas permintaan Siti Nurhaliza sendiri, CD Baby menyarankan album ini untuk sesiapa yang meminati muzik Celine Dion, yang secara kebetulan merupakan idola Siti Nurhaliza.

Senarai lagu yang di’muatkan dalam album ini ialah All Your Love, Nobody Else, Tonight, All Over Again, I’ll Wait Forever, Falling In Love, I Cry Out, Fight for Love, Stand Up & Remember You duet bersama Sean Kingston.

Apa tunggu lagi, dapatkan album terbaru Siti Nurhaliza All Your Love hanya untuk US$9.99 atau RM32.00 sahaja sekarang. Enjoice!