Akibat Tekanan Jiwa: Bekas Pengacara Rancangan Gossip Minum Bahan Peluntur? | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
16 April 2012, 1:04AM

Perkhabaran kurang gembira kami terima dari mereka yang rapat dengan selebriti ini. Hendak percaya pun agak sukar untuk kami buat masa ini.

Sekitar jam 5.00 petang tadi, seorang selebriti yang bergelar pelakon juga bekas pengacara sebuah rancangan gossip popular telah di’gegaskan ke sebuah hospital.

Khabarnya, sebelum selebriti ini di’kejarkan ke hospital, beliau berasa terlalu tertekan sehingga mengambil keputusan untuk minum bahan peluntur sebelum tidak sedarkan diri.

Ahli keluarga yang kebetulan berada di’rumah bersama selebriti ini sedar akan perbuatan beliau & tidak mengambil masa lama untuk membawa selebriti ini ke hospital & terus di’gegaskan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Selebriti wanita itu kini di’khabarkan sudah di’pindahkan ke wad rawatan biasa dan akan di’benarkan keluar selewat lewatnya esok hari dengan keizinan doktor.

Kami sangat berharap kisah yang kami terima ini tidak benar & selebriti ini boleh berfikir secara rasional sebelum mengambil sebarang keputusan yang di’luar waras fikiran.

Banyak lagi cara untuk selesaikan sebarang masalah yang melanda.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...