fbpx

Aeril Zafrel, Wawa Zainal Akan Adakan Sidang Akhbar Khas Jumaat Ini

Sudah lebih dua hari kisah pernikahan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal didedahkan oleh sebuah akhbar namun sehingga saat ini semuanya masih menjadi tanda tanya dan peminat serta media turut berteka teki akan kesahihan laporan tersebut.

BACA: Aeril Zafrel Enggan Komen Dakwaan Sudah Nikahi Wawa Zainal

Ditemui media di lokasi pengambaran telefilem Cinta Mat Semperit yang akan ditayangkan di TV3 pada Aidiladha nanti, Aeril Zafrel tenang berhadapan soalan berkaitan isu ini & beliau ditemani oleh peguam Zulhasmi Zakaria.

Namun, tiada jawapan sahih dari mulut Aeril Zafrel kerana bercadang melakukan satu sidang media khas bersama Wawa Zainal untuk menjawab segala persoalan pada Jumaat ini.

“Saya tidak boleh komen buat masa ini dan akan membuat sidang media khas pada Jumaat ini bersama Wawa. Dan segala persoalan akan dijelaskan pada masa itu, tetapi bukan sekarang — sidang media dibuat supaya sebarang kenyataan tidak bercanggah,” ujarnya.

BACA: Wawa Zainal Dakwa Ada Pihak Mahu Dia Bencikan Aeril Zafrel

Pihak Aeril Zafrel percaya yang ada pihak mahu mengenakan mereka dan khidmat peguam di’perlukan untuk berhadapan dengan isu ini selain berkata sidang media pada Jumaat ini akan dirakam untuk memudahkan siasatan kelak.