fbpx

Aeril Zafrel Enggan Komen Dakwaan Sudah Nikahi Wawa Zainal, Ada Anak

Semalam menerusi laporan Berita Harian, Aeril Zafrel di’khabarkan sudah sah bernikah dengan Wawa Zainal & mereka juga sudah pun menimang seorang cahayamata pada 24 Ogos 2013 yang lalu selepas bernikah pada 4 Februari tahun ini.

BACA: Aeril Zafrel & Wawa Zainal Sudah Nikah 4 Februari Lalu (ext.)

Aeril Zafrel menulis di akaun Twitter beliau semalam sebagai respons kepada cerita ini memberi gambaran apa yang di’tulis wartawan Berita Harian itu sebagai senjata terakhir pihak tertentu untuk mengaibkan dirinya.

“Alhamdulillah, ‘mereka’ telah keluarkan ‘senjata terakhir’ seperti yang dijangkakan. Terlalu naif ‘mereka’ yang lontar batu sembunyi tangan ini,” tulis pelakon yang popular dengan drama Cinta Jannah di TV3 ini, semalam.

Beliau turut berkata yang sampai masanya nanti beliau akan dedahkan siapa & apakah tujuan sebenar mereka melakukan perkara ini — sementara itu beliau juga meminta mereka yang ingin kepastian menghubungi sendiri wartawan yang menulis kisah tersebut.

Laporan mStar Online hari ini juga menyebut pelakon ini belum bersedia untuk memberikan komen lanjut tentang isu pernikahan dengan Wawa Zainal ini tetapi ada cadangan mengambil tindakan mahkamah.

“Buat masa sekarang Aeril tidak mahu beri sebarang komen tentang perkara tersebut tatapi dia beritahu saya bahawa dia akan mengambil tindakan mahkamah, apa-apa pun tunggu kenyataan dia nanti,” ujar pembantu peribadi Aeril Zafrel.

Yang penting, di mana Wawa Zainal?