fbpx

Adira Putus Tunang?

Melalui laporan daripada Utusan Malaysia hari ini, ada khabar angin yang mengatakan bahawa Adira kini sudah putus tunag bersama pilihan hatinya itu. Aida daripada Utusan cuba mendapatkan kenyataan daripada penyanyi tersebut.

BACA: Adira & Shahrul Nasrun Sudah Bertunang, Nikah September

“Cuba menelefon Adira tempoh hari, nampaknya Adira seperti tidak bersedia untuk menjawab apa-apa lagi buat masa ini. Katanya kepada Aida cuma no comment, sewaktu Aida menelefon Adira yang kedengaran agak sibuk ketika itu”

“Sampai sekarang Aida kurang pasti apa kesudahan khabar angin tersebut. Tetapi pada Aida, Adira adalah seorang yang jujur dan pasti dia akan terangkan juga apa sebenarnya apabila sudah bersedia,” kata Aida dipetik daripada akhbar tersebut.

Harapnya khabar angin yang sedang laju tersebar ini tidak terjadi dan semoga Adira dan juga tunang tabah menghadapi ujian dalam tempoh pertunangan ini. (rtky/s)