fbpx

Adam AF: Wajah Fiza Sentiasa Muncul Dalam Solat Saya

Sejak pertemuan pertama kali pada Ramadhan kelima, hati Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman sudah terpaut & selepas pertemuan kali kedua Adam meluahkan hasrat untuk memperisterikan bekas ahli Elite, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim.

Menurut Adam AF selepas melihat gambar profil Facebook mengenakan hijab yang dimuat naik sangkaan awal Adam bahawa dia mungkin bertudung kerana lakonan ternyata meleset apabila mengetahui bahawa Fiza ketika itu sudah terbuka hati untuk berhijab.

“Selepas mengetahui dia sudah berhijab saya terus mengajaknya keluar, untuk berkongsi serba sedikit pengalaman berhijrah. Tidak sangka pula pelawaan saya disapa baik oleh Fiza”

“Sejak pertemuan itu, saya terus terpaut kepadanya sehinggakan wajah Fiza sentiasa muncul dalam solat. Jadi, saya anggap itulah petunjuk daripada Allah,” ujar Adam AF.

Tanpa mahu melambat lambatkan proses perkenalan Adam AF lantas membawa Fiza bertemu keluarganya dan ibunya juga terbuka hati melihat kelembutan Fiza yang juga pandai mengambil hati keluarganya — mereka juga tidak kisah akan status janda Fiza Elite.

Keserasian yang ada pada Adam dan juga anaknya turut diakui bahawa antara sebab Fiza Elite menerima lamaran tersebut. Pasangan ini bakal bernikah esok.