fbpx

AC Mizal Ajak Abby Abadi Berdebat Isu ISA Dan Khidmat PDRM Dipertikai

Anda tidak berpuas hati dengan rakan rakan anda yang tidak sefahaman dengan anda? Sekarang ini kita mempunyai budaya baru dengan menganjurkan debat perdana. Heh.

Melalui Twitter beliau, Dato’ AC Mizal baru baru ini mencabar Abby Abadi untuk berdebat berkaitan pertikaian aktress itu terhadap isu ISA & khidmat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Abby Abadi sebelum ini di’lihat menyertai sebuah perhimpunan menuntut pembebasan tahanan ISA dan memberikan ucapan menuduh kezaliman pihak polis di kem tahanan.

Video boleh anda saksikan selepas ini tetapi menurut laporan Media Hiburan, perkara itu menjadi punca kenapa AC Mizal berani mencabar Abby Abadi untuk berdebat secara terbuka.

AC Mizal menulis Saya mewakili anak anak POLIS MALAYSIA mencabar @abby_abadi112 berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM! yang kemudian’nya di’balas Abby Abadi dengan mengatakan beliau tidak menyalahkan pihak polis.