fbpx

Abby Abadi Hilang Kontrak Duta Tudung Kerana Sertai Pakatan Rakyat

Ah tidak, cerita tentang Abby Abadi lagi. Tidak'kah media Malaysia mempunyai kisah lain untuk di'katakan? Tiada & sila telan sahaja apa yang kami suapkan. HAHA!

Awal pagi tadi, menerusi akaun Twitter beliau, Abby Abadi memberi kenyataan yang kontrak beliau sebagai duta tudung untuk sebuah syarikat telah terbatal secara rasmi.

Sekitar Mei 2012 yang lalu, Abby Abadi telah di'lantik secara rasmi sebagai duta dan jurucakap untuk produk keluaran Al-Humaira Contemporary selepas beliau bertudung.

Namun menurut kenyataan Abby Abadi, pemilik syarikat itu tidak senang dengan maklum balas orang ramai tentang Abby Abadi yang terlibat dalam parti pembangkang.

“Saya terkilan. Saya berniaga. Penglibatan kakak dalam politik sedikit sebanyak memberikan kesan kepada perniagaan saya,” tulis Abby Abadi yang di'dakwa sebagai kenyataan Hani Elia pemilik Al-Humaira Contemporary.

Pagi tadi, akaun Twitter Hani Elia masih boleh di'akses namun sekarang ia'nya sudah private mungkin tidak mahu di'ganggu 'tentera' Abby Abadi yang tidak berpuas hati.

Abby Abadi seterusnya menulis yang kontrak beliau bersama Al-Humaira Contemporary kini sudah pun tamat secara rasmi pada 4 Julai 2012 yang lalu dan yakin dengan rezeki Allah di'kemudian hari.

zp8497586rq