Haa. Anda suka Aaron Aziz, kami bawakan lebih Aaron Aziz untuk anda. Bak kata editor kami, selagi laku untuk di’jual, kita jual.
Jika anda seorang wanita & selama ini tidak pernah membeli majalah MASKULIN, ini mungkin masa’nya untuk anda beli senaskah.
Aaron Aziz yang kini di’puncak populariti terpilih untuk menjadi wajah penghias muka hadapan edisi Februari 2012 yang bakal berada di’pasaran tidak lama lagi.
Dan, Aaron Aziz sebagai lelaki yang mementingkan keluarga bercakap tentang isteri & anak anak beliau yang beliau anggap sebagai suatu yang menjadikan hidup beliau kini sempurna.
Sedikit perkembangan terkini Aaron Aziz, selain sibuk dengan pengambaran filem KL Gangster 2, beliau kini sudah pun memasuki set filem terbaru beliau berjudul Kerat 14 terbitan White Merpati Entertainment.
Filem Kerat 14 yang turut di’bintangi Siti Saleha ini menyaksikan Aaron Aziz memegang watak pembunuh yang mengerat mangsanya kepada 14 bahagian kerana tidak tahu cara terbaik untuk melupuskan bukti.
pergh..hensem tul aaron aziz nie.. tgk byk kali pun tetap hensem..huhu..hope 2012 dia jadik pelakon superb la.. love it
tajuk filem 'kerat 14'? takda tajuk lain nak digunakan ke…hahaha.
erm,,, hnsem btl aaron aziz nie,, klu ttp mke stiap hri x puas lngsng…hehehehe,,