fbpx

Aaron Aziz Bawa Keluarga Tunai Umrah November Ini

Jika sebelum ini Aaron Aziz pernah menjejakkan kaki di tanah suci Mekah, kali ini dia mahu membawa anak anak dan isteri untuk turut sama menunaikan umrah bersama sama. Aaron dan keluarga akan menunaikan umrah pada bulan November ini.

BACA: Aaron Aziz Terkena Jangkitan Paru Paru, Berita Palsu Kematian Tersebar

“Sebelum ini saya ke Makkah tanpa mereka, tetapi ini akan menjadi pengalaman pertama anak-anak mengerjakan umrah. Jika mengikut perancangan, saya ingin membawa mereka menunaikan umrah sebagai persiapan sebelum menunaikan Haji bersama selepas ini”

“Doakan semoga perjalanan kami ke Tanah Suci nanti berjalan lancar,” katanya kepada Harian Metro. Perkara tersebut pastinya membaw pengalaman baru buat anak anak Aaron iaitu Danish, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.

Sementara itu, Aaron turut menafikan dakwaan bahawa dia kini sudah menghilang dari dunia seni selain menyatakan ketiadaannya di Malaysia adalah kerana terlibat dengan penggambaran di Singapura selama tiga bulan. (rtky/s)