fbpx

Aaron Aziz Bakal Muncul Dalam Filem Hollywood, Prince of the City

Murah rezeki hero Melayu kesayangan ramai ini. Selepas filem & drama lakonan’nya meletup satu per satu, kini Aaron Aziz sedia ke tahap lebih tinggi.

Khabarnya sebelum Aaron Aziz berangkat mengerjakan umrah baru baru ini, sebuah produksi filem Hollywood menawarkan watak kepada Aaron Aziz.

Bukan calang calang, Aaron Aziz akan berlakon di’samping Michael Madsen yang pernah membintangi filem epik Kill Bill.

Filem akan datang bertajuk Prince of the City itu memberi peluang kepada Aaron Aziz untuk melakonkan watak pembunuh upahan yang bekerja di’bawah Michael Madsen.

Menurut Aaron Aziz, penerbit filem ini bersungguh sungguh meminta beliau menandatangani kontrak untuk berlakon sebelum beliau & isteri berangkat mengerjakan umrah.

Namun kerana tidak mahu terikat & berjanji, Aaron Aziz hanya memberikan perjanjian lisan untuk terlibat dalam filem luar negara ini.

Filem Prince of the City ini akan menjalani pengambaran di beberapa bandar sekitar Asia & akan di’pasarkan untuk pasaran antarabangsa. via Cyberita