fbpx

Status Suami Orang Punca Fara Fauzana Batal Perkahwinan?

Berita pembatalan perkahwinan Fara Fauzana disaat akhir hangat diperkatakan minggu lalu, sehingga sekarang beliau masih tidak mendedahkan mengapa ia dibatalkan. Menurut sumber, status Hafiz yang merupakan suami orang adalah penyebab perkahwinan itu dibatalkan, apalagi Fara hanya mendapat tahu perkara itu sehingga tarikh perkahwinan semakin dekat.

BACA: Fara Fauzana Sah Batalkan Perkahwinan

“Silap dia sendiri sebab tak berterus-terang, sepatutnya dia perlu jujur. Akhirnya status perkahwinannya kantoi dengan Fara. Dalam perkara ini dia tak boleh sorok. Bukan apa, ia perkara sensitif. Apatah lagi Fara golongan selebriti terkenal. Mahu atau tidak, perkara ini pasti menjadi heboh,” tulis Harian Metro mengenai sebab Fara membatalkan perkahwinannya disaat akhir.

Tambah sumber itu lagi, keengganan Fara untuk menjadi isteri kedua kepada Hafiz yang juga Ahli Jawatan Kuasa Pemuda Umno satu bahagian di Lembah Pantai menjadi punca pembatalan majlis bahagia mereka. Lelaki berkenaan dikatakan merahsiakan status beliau yang sudah berkahwin sehingga Fara mendapat tahu mengenainya apabila tarikh pernikahan semakin hampir.

Sebelum ini, Fara dalam satu pengumuman rasmi memberitahu perkahwinan beliau bersama Hafiz terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab peribadi yang tidak dapat dikongsikan. Dalam masa yang sama, apabila ditanyakan perkara ini kepada Hafiz pula, beliau enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara tersebut dan akan memberikan kenyataan dalam masa sehari dua lagi. (rkty/w)