Pelakon dan pengacara Zulin Aziz dipuji netizen bersikap tenang dan tidak cepat melatah apabila namanya dipetik dalam video parodi pempengaruh sensasi, Imran Bard.

Menerusi video tersebut, Imran yang menjadi juri dalam satu pertandingan realiti nyanyian mengkritik vokal Zulin kerana dan menyindir bakat nyanyiannya.

BACA: “Imran, Minta Maaf Kepada Ellie Suriaty Dengan Ikhlas & Beradab”

@iimeringue

? original sound – Memerang – Memerang

Diruangan komen, Zulin dilihat ada memberi respon mengenai video tersebut bahawa dia tidak mengambil hati dengan parodi berkenaan.

Menurut Zulin lagi, watak tersebut hanya rekaan sahaja dan tiada sebab untuk marah. Namun, katanya lagi ianya bergantung pada penerimaan masing-masing.

“Saya okay saja nama pun parodi tapi bergantung kepada penerimaan masing-masing. Babak itu pun dia reka cuma watak saja watak kita. Tak ada sebab nak marah. Jadi saya pun komen berdasarkan watak itu. Kalau faham konsepnya, Insya-Allah tak ada apa pun,” katanya.

Terdahulu, Ellie meminta ibu bapa Imran membuat permohonan maaf susulan tindakan pempengaruh itu yang didakwa telah mencalar namanya menerusi video di TikTok.

Ellie berkata dia kecewa dengan tindakan Imran yang didakwa mempermainkan nama baik dan mengaitkan dirinya dengan penyalahgunaan dadah biarpun ianya hanya video parodi.

×