fbpx

Zul Ariffin Padam Gambar, Ayda Jebat Tak Kecil Hati

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang pernah berkawan rapat suatu ketika dahulu bersama aktor Zul Ariffin berkata dia tidak pernah berkecil hati atau mengambil perkara tersebut menjadi serius.

BACA: Ayda Jebat Tidak Halang Pilihan Zul Ariffin

Malah bagi Ayda, apa yang dilakukan oleh Zul tidak ada kena mengena dengan dirinya dan dia tidak ambil pusing akan hal remeh sebegitu.

“Saya tidak ada masalah atau mempunyai sebarang hal kerana akaun Instagram hak miliknya. Jadi mungkin dia ingin mengemas kini akaunnya dan membuang apa sahaja yang dirasakan tidak perlu,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Muzik-Muzik Separuh Akhir petang kelmarin.

Jelasnya lagi, ada di antara peminat tidak bersetuju dengan tindakan Zul memadam gambar-gambar tersebut. Bagaimanapun, Ayda menjelaskan dia tidak akan memadam mana-mana gambarnya di Instagram dengan mana-mana artis sekalipun kerana bagi dirinya itu adalah kenangan dan mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri.

Selain itu, Ayda menyatakan dia tidak mempunyai masalah untuk berganding bersama Zul dalam mana-mana drama bagaimanapun ketika ini jadual mereka masing-masing padat. (rtky/h)