Baru-baru ini, pelakon dan pelawak Zizan Razak menjadi tetamu forum ‘Dialog Anak Muda’ di festival ‘Makar Fest 2.0’ yang bertempat di Kuala Terengganu.
Menerusi satu perkongsian di YouTube, Zizan mendapat perhatian ramai apabila menyerahkan semua bayaran yang diterma sebagai tetamu acara itu ke persatuan kebajikan, Fisabilillah Terengganu.
BACA: “Orang Terengganu Juga” – Siti Nurhaliza ‘Kenenkan’ Bodyguard Dengan Zizan Razak
Difahamkan, Zizan berbuat demikian secara terbuka dihadapan hadirin yang hadir selepas bertanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus apakah hukum melakukan kebaikan secara terbuka di hadapan orang ramai.
“Saya buat ini kerana Allah, ustaz. Ini bayaran yang saya terima untuk malam ini, saya sedekahkan kepada persatuan ustaz, Fisabilillah TRG. Saya nak minta tolong ustaz untuk bantu orang-orang yang susah dan memerlukan,” katanya.
Menjawab pertanyaan Zizan itu, Ustaz Azhar Idrus berkata ada dua hukum melakukan kebaikan secara terbuka di hadapan orang ramai.
“Pertama, jika berniat supaya orang puji kita maka hukumnya haram sebab itu dinamakan sebagai riak.
“Yang kedua, berniat supaya orang yang tengok bersemangat untuk bersedekah maka hukumnya adalah harus. Setiap amalan itu bergantung kepada niat orang yang melakukan sesuatu perkara,” katanya.