Zarina Zainuddin Sanggup Bayar Gaji Menantu Kahwini Anak Autisme
Pelakon Zarina Zainuddin sanggup membayar gaji kepada kepada wanita yang sanggup berkahwin dan menjaga serta membahagiakan anak kembarnya yang juga penghidap autisme, Muhammad Raizal Azrai atau Azal.
Zarina berkata anaknya yang kini berusia 25 tahun itu pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin, namun pelakon itu akui sukar untuk berjumpa dengan orang yang benar-benar ikhlas.
BACA: Zarina Zainuddin Puji Mira Filzah, Tak Sombong Macam Artis Lain
“Kalau ada orang boleh jaga dan bahagiakan dia, saya sanggup menggajikannya setiap bulan. Sekarang susah nak dapat orang yang ikhlas. Manalah tahu orang tu tak nak ‘free’ saja. Ditambah dengan keadaan anak saya yang macam ini, adakah yang sanggup?
“Dia memang nak kahwin dan pernah cakap mengenainya. Sebelum ini ada wanita Indonesia dan cantik orangnya. Namun, sebab dia pakai tudung, Azal tak nak. Dia kata perempuan kalau sudah tua baru pakai tudung.
“Namun, saya jelaskan kepadanya kenapa wanita Islam dewasa kena pakai tudung. Tapi, dia cakap nanti sudah tua barulah pakai dan dia bandingkan pula dengan saya. Saya terdiam dan tak boleh nak cakap apa. Kadang-kadang perjalanan itu sendiri yang akan mengubah kita,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Zarina berkata Azal merupakan menghidap autisme tahap sederhana berbanding Azil yang perlu mengambil ubat. Katanya lagi, dia sanggup melamar wanita yang sudi hidup dengan anaknya itu.
“Azal dalam kategori autisme tahap sederhana. Jadi, dia boleh buat sama saja seperti orang lain. Saya sanggup pergi melamar orang itu jika ada yang betul-betul nak dengan dia. Kadang-kadang kalau anak kita dengan kita, kita nak orang itu fokus pada anak kita.
“Kita kena berkorban juga untuk orang yang sanggup berkorban untuk anak kita. Bagi saya itu tak salah kalau bagi dia gaji sekali pun sebab dia pun nak ada kehidupan dan nak beli apa dia mahukan. Azal juga sudah ada gaji dan caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). Saya nak dia ada persediaan untuk masa depan dia,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Kesian. Itulah namanya dugaan. Setiap org ada ujian dan dugaannya. Macam aku…hmmm….pun ada masalah n part yg tak happynye
Habis tu kalau kau offer duit, bukan lagi menggalakkan orang tak ikhlas untuk offer diri ke? Hahaha adoiii.
Sguh die autisme tapi anak2 begini ttp ade nafsu. Masyaallah. Besar nye cabaran mmbesarkan anak2 istimewa.
Tiada niat merendahkan sesiapa, tapi boleh ke orang yang kurang mental @istilah dalam Islam ‘berakal’ sempurna ni bernikah?
Bagaimana beliau nak menunaikan tanggungjawab2 sebagai suami?
Sekadar tanya je.
Betul yg kurang akal ni macamna hukumnya kalau dinikahkan. boleh ke?
kalau sering buat sesuatu tak diduga kalau dah beranak pinak macamana
Aku pun curious jugak ni. Ada PU2 atau ustaz2 yg singgah rotikaya tak?
a) Syarat-Syarat Bakal Suami
1. Islam
2. Lelaki yang tertentu
3. Bukan mahram dengan bakal isteri
4. Bukan dalam ihram haji atau umrah
5. Dengan kerelaan sendiri (tidak sah jika dipaksa)
6. Mengetahui wali yang sah bagi akad nikah tersebut
7. Mengetahui bahawa perempuan itu boleh dan sah dinikahi
8. Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa.
bagi yang kekeliruan, autisme bukan mental disability tetapi developmental disability. meaning, an autistic person menghadapi masalah melakukan perkara2 “normal” yang dilakukan oleh neurotypical people seperti berkomunikasi, bersosial dan bertindak secara “normal”. ini boleh disebabkan oleh sensory challenge yang mereka hadapi. sebagai contoh, seorang autistik tak boleh berada di dalam bilik yang bising. bunyi bising boleh menyebabkan sensory mereka rasa terancam sehingga mereka terpaksa melakukan steaming untuk tenangkan diri. sungguhpun sensory mereka terancam, tak bermakna mereka tak boleh berfikir dengan baik ya. most autistic people I know are very intelligent especially bila hal tu melibatkan special interests mereka. in facts, their logic thinking is way way better than most neurotypical people. neurotypical macam kita ni bila fikir mesti bercampur dengan emosi. but not them. autistic people base their thinking on logic and facts only. and also please bear in mind yang autism exists in spectrum. maknanya, ada yang tak boleh bercakap, ada yang bercakap macam all of us. dan most importantly, apa pun jenis sensory challenge yang mereka hadapi, mereka adalah individu yang boleh berfikir dengan baik. so saya minta anda semua please educate yourself tentang autism before leaving comments about it. your ignorance might hurt them. be sensitive.
Well said Evenly ??????
Terbaik! Well said Evenly!
@evenly
Nak tau jugak…So bermakna some autistic ppl mmpu berkahwin manakala ada yg mungkin tak boleh?
Dan sekiranya semasa proses steaming tu mereka cederakan org, adakah itu akan dikira dilakukan dlm kewarasan dan mereka boleh dihukum sebagaimana “neurotypical” people?