fbpx

Zarina Zainuddin Menangis Kesal, Tak Sengaja Ketuk Anak Dengan Senduk

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Zarina Zainuddin menangis menyesal di atas tindakannya yang tidak sengaja terketuk anak sulungnya yang menghidap autisme, Azil dengan senduk.

Zarina berkata dia berasa serba salah kerana memukul anaknya itu sedangkan dia tidak mampu berfikir secara normal seperti remaja lain.

BACA: Zarina Zainuddin Menggigil Satu Badan, Anak Beli Game Online RM10,000

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

“Selepas saya bagi Azil makan, dia mengamuk..semasa itu saya tengah memasak rendang, tiba-tiba dia datang mengamuk, saya tengah berhadapan dengan benda panas tak sengaja ketuk dia dengan senduk.

“Saya sensitif sangat, Ya Allah kenapa aku ketuk dia. Saya sendiri terkejut, saya terfikir kenapa saya ketuk dia, saya menyesal Ya Allah. Apa yang buat saya sedih lagi hari ini kawan rapat saya meninggal dunia semalam, macam tak percaya dengar khabar itu,” katanya.

Dalam pada itu, Zarina berkata dia tidak henti berdoa agar diberikan kekuatan untuk menjaga anak-anak lebih-lebih lagi memiliki anak istimewa memerlukan kesabaran yang tinggi.

“Sabarkanlah aku Ya Allah, kuatkanlah aku sebab kalau kita tak sabar yang jadi mangsa anak tak berdosa. Ibu ayah yang ada anak macam ni memang kena banyak sabar, sabar, selalulah berdoa dekat Allah kuatkan kita.

“Biarlah kalau dia nak saya tak apa, saya bagi kepala saya, ketuklah buatlah apa-apa, sebab dia selalu pukul diri dia, saya tak sanggup tengok,” katanya.