Zahnita Wilson Beli Kereta Baru, Tak Perlu Lagi Sewa

Pelakon dan model Zahnita Wilson meluahkan rasa syukur akhirnya membeli kereta jenama Renault Captur berwarna biru untuk memudahkan pergerakan.

Menerusi perkongsian di Threads, Zahnita ada memuat naik video yang dikongsikan oleh jurujual kereta berkenaan serta mengucapkan terima kasih kerana membantunya dalam pembelian kereta tersebut.

BACA: Zahnita Nekad Bercerai, Suami Tiada Usaha Memujuk

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @zahnita

 

Sementara itu, Zahnita berkata selepas ini tidak perlu lagi menggunakan kereta sewa seperti yang dilakukan sebelum ini. 

Perkongsian Zahnita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan pelakon itu serta ramai yang memuji bekas model itu dilihat semakin cantik dan gembira.

×