Zahnita Nekad Bercerai, Suami Tiada Usaha Memujuk

Bekas pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson nekad untuk bercerai dengan suaminya, Abdul Zackery selepas merasakan rumah tangga yang dibina tidak dapat diselamatkan lagi.

Memetik Sinar Harian, pelakon berusia 40 tahun itu berkata keputusan itu dibuat seleaps menyedari tiada usaha daripada pihak suami untuk memujuk serta selamatkan perkahwinan mereka.

BACA: Suami Terkejut Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah, Insiden Tragik Buat Anak-Anak

Malah, Zahnita berkata sepanjang tempoh perbicaraan dia dan suami tidak pernah bertemu mahupun berhubung dan hanya berurusan menerusi peguam.

“Macam mana nak teruskan, kalau orang sudah tidak mahukan kita, tiada pun usaha untuk memujuk… jadi saya hanya mahu teruskan hidup saya.

“Tiada (hubungan secara peribadi), semua melalui peguam… keputusan untuk (bercerai), saya sudah nekad dan tiada jalan untuk berpatah balik,” katanya.

Proses perceraian kini berada di peringkat lantikan hakam oleh mahkamah, namun usaha terakhir untuk mendamaikan kedua-dua pihak melalui lantikan hakam keluarga dilaporkan gagal.

Peguam syarie yang mewakili Zahnita berkata kes perceraian anak guamnya itu sudah memasuki peringkat akhir iaitu Hakam Panel dimana mahkamah menetapkan tarikh pada bulan Jun, manakala keputusan penuh dijangka akan dibuat sekitar Julai atau Ogos.

SUMBER: Sinar Harian

×