Pelakon dan penyanyi Bella Astillah memuji Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq seorang lelaki yang baik serta mengaatakan kemesraan yang dipamerkan bukan gimik.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Bella berkata dia tidak sukakan gimik dan apa yang dilihat di media sosial itu bukanlah strategi pemasaran semata-mata.

BACA: Syed Saddiq Tidak Nafi Atau Sahkan Bercinta Dengan Bella Astillah

@ayuuariffin84

Bella bersedih bukan kerana YB dan YB sangat baik #fyp #bellaastillah #syedsaddiq #bella #viral #sad @bellaastillah_94 @syedsaddiq

? bunyi asal – nostalgia lagu lama&baru – M.riduan_official92

“Saya tak pernah suka pada gimik. Apa yang korang nampak tu memang betul, bukan untuk marketing. Semua ini terjadi dengan sendirinya, tanpa ada arahan atau paksaan,” katanya.

Sementara itu, Bella berkata Syed Saddiq bukan saja individu yang mendengar kesedihannya, malah orang yang membuatkan dia ketawa semula.

“Saya nak juju, YB adalah seorang lelaki yang sangat baik. Kalau saya menangis, dialah orang pertama yang akan mendengar dan memberi sokongan. Dia adalah pendengar yang terbaik dan tak pernah membuatkan saya rasa lebih sedih. Malah, dia orang yang membuatkan saya ketawa semula,” katanya.

Susulan kenyataan Bella itu sekaligus membuatkan netizen teruja serta mendoakan jodoh penyanyi itu bersama Saddiq. Tidak kurang juga, kenyataan itu seolah memberi bayangan desas desus mengatakan mereka sedang dilamun cinta.

×