Pelakon Beego berkata dia tidak ambil peduli dengan apa yang diperkatakan orang ramai mengenai tindakannya menyertai program Tiga Hari Keluar di Jalan Allah di Pulau Perhentian, Terengganu.
Memetik Harian Metro, pelakon berusia 45 tahun itu berkata dia menyertai program itu bukan kerana mahu pujian tetapi untuk dirinya sendiri serta mahu menjadi insan lebih baik.
BACA: Sertai Tabligh, Netizen Nampak Wajah Beego Penuh Kesedihan
“Tak apa. Yang sinis itu, tak apalah. Biar Allah Ta’ala buka fikiran mereka, bersihkan hati mereka untuk sentiasa berfikiran dan melihat sesuatu benda itu positif
“Sebenarnya pada saya, tak ada masalah pun. Saya bukan nak pujian orang. Saya pergi itu sebenarnya untuk diri saya sendiri.
“Sekurang-kurangnya saya keluar tiga hari itu, banyak benda yang saya dapat belajar. Juga sekurang-kurangnya, saya daftar diri saya pergi tempat macam itu walaupun sekali, dua kali, tiga kali atau empat kali mungkin.
“Insya-Allah dengan berkat, doa-doa orang alim, orang bertakwa, para ulamak, ustaz-ustaz dan maulana-maulana, kita ini jadi manusia yang lebih baik masa akan datang,” katanya.
Sementara itu, Beego berkata dia sedia menerima ketentuan Allah dimana ketika ini dia berdepan tuntutan cerai dari isterinya, Linda Hashim
“Sebenarnya macam ini. Kalau masalah yang saya hadapi ini, misalnya yang orang-orang alim dekat sana, para-para ulamak ustaz-ustaz itu tahu, dia doakan. Semoga kita ini baik-baik semula, Alhamdulillah… kalau dapat. Kalau tak dapat pun, saya kena terima. Tak ada masalah pun,” katanya.
Dalam pada itu, Beego berkata bersyukur andai jodohnya dengan Linda masih panjang namun dia menerima seandainya tiada jodoh antara mereka kerana hidup perlu diteruskan.
“Tapi kalau tak ada, mungkin bukan jodoh saya. Kalau ada, alhamdulillah. Jadi untuk anak-anak, boleh baik-baik. Jadi untuk Linda, dia boleh bagi peluang semula.
“Tak ada masalah. Kalau dia tak bagi pun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu bergerak ke depan. Saya pergi memang sebenarnya nak belajar,” katanya.
SUMBER: Harian Metro