Baru-baru ini pelakon Janna Nick dikecam netizen gara-gara menyebut perkataan ‘perempuan gila’ ketika bertanya soalan kepada Fattah Amin dalam satu podcast.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Janna tampil menjawab mengenai perkara itu dimana netizen salah faham mengenai soalan berkenaan.
BACA: Janna Nick Dikecam Gelar Bekas Isteri Sebagai Perempuan Gila
Menurut Janna, soalan diajukan itu merujuk kepada situasi umum yang dirasai oleh kaum lelaki selepas berpisah dengan isteri mereka serta mengakui bahawa dirinya yang gila.
@jannanickofficial Replying to @fiq kalau tak boleh berak jangan salahkan I ok.
“Disebabkan anda tak sukakan seseorang jangan cipta sesuatu yang secara terang-terangan tiada. Korang kata saya cakap Fazura perempuan gila. Yang gila tu saya. Saya yang gila diperakui,” katanya.
Dalam video berkenaan, Janna turut memuat naik semula klip memaparkan dia bertanyakan soalan kepada Fattah namun ramai yang salah anggap dengan soalannya itu.
“Saya bagi soalan contoh situasi umum seorang lelaki dan tidak faham dan cakap saya ni hina perempuan, hina orang dah bercerai,” katanya.
Sementara itu, Janna menjelaskan dia memahami situasi berkenaan memandangkan ibu bapanya juga sudah bercerai dan dia tidak akan menghina wanita sebaliknya mahu tahu dari perspektif lelaki.
“Saya datang dari broken family. Mak saya juga wanita yang diceraikan. Jadi saya faham perasaan perempuan yang dah berpisah jadi tak mungkin saya hina seorang wanita dan ibu.
“Soalan itu bukan untuk menghina sesiapa. Saya rasa ada sesetengah lelaki atau ayah lepas tangan bila dah berpisah, jadi saya nak tahu mreka ini rasa bebas ke bila bercerai? Bebas dari tanggungjawab.
“Bebas dari anak bini yang menyerabutkan otak mereka atau bebas dari anak bini yang membebankan mereka selama berkahwin?
Saya nak tahu macam itu ke mereka rasa sebab itu saya guna term perempuan gila sebab nak tahu perspektif lelaki yang rimas dengan bekas isteri. Maksudnya lelaki rasa perempuan ini gila ke bila mereka dah berpisah,” katanya.
Dalam pada itu, Janna menyedari soalannya itu tidak sesuai untuk sesetengah pihak namun dia hanya menjalankan tugas sebagai pengacara serta memohon maaf andai ada pihak terguris hati.