“Ya Baju Memang Ketat Tapi Taklah Terlalu Seksi, Ia Adalah Fesyen”

Penyanyi Linda Rafar berkata dia mengalami anxiety sehingga muntah-muntah kerana kecaman diterima susulan pemakaiannya yang dianggap seksi.

Memetik mStar Online, Linda menjelaskan pakaian yang digayakan ketika sianda media konsert Elite itu tidaklah keterlaluan dan disediakan oleh pihak pengurusan.

BACA: “Orang Tuduh Saya Penunggang Agama, Saya Sangat Sedih”

Menurut Linda dia terfikir untuk menarik diri daripada konsert berkenaan disebabkan komen melampau daripada netizen sehingga ada yang melabelnya penunggang agama.

“Apa yang buat saya marah adalah mereka kata saya penunggang agama dan pelajar Ustaz Wadi. Ini bagi saya paling sensitif. Itu yang membuatkan saya anxiety dan down.

“Saya jelaskan dekat sini, pakaian tersebut langsung tidak nampak leher saya, dan ya memang baju ketat, tetapi tidaklah terlalu seksi. Bagi saya ia adalah fesyen,” katanya.

Sementara itu, Linda berkata ramai saja selebriti wanita memakai fesyen sedemikian namun serta mengesyaki ada pihak yang cuba menjatuhkan dirinya.

“Kebanyakkan yang komen itu adalah akaun palsu. Saya syak bahawa mereka yang buat itu bertujuan untuk menjatuhkan saya, bukan sahaja saya, malah keluarga juga rasa seperti itu,” katanya.

Sumber: mStar Online

×