Perkongsian pelakon Ezzrin Loy menjadi perhatian ramai apabila memuat naik videonya bertemu dengan bintang terkenal Hollywood, Tom Cruise di acara perdana filem, Mission: Impossible-The Final Reckoning.
Menerusi video dikongsikan, Ezzrin dilihat sempat berbual dengan Tom serta memberitahu tidak dapat tidur memikirkan akan bertemu dengan pelakon itu.
View this post on Instagram
“Saya rasa bertuah dapat bertemu awak dan saya salah seorang peminat tegar Tom Cruise. Saya sampai tak boleh tidur tadi malam sebab berfikir bagaimana nak jumpa awak nanti, sebab awak begitu hebat dan istimewa.
“Saya secara jujurnya sangat mengagumi kamu dalam semua filem antaranya Top Gun dan Mission Impossible. Terima kasih untuk segala jasa yang awak dah buat untuk industri,” katanya.
Mendengarkan apa yang diperkatakan oleh Ezzrin itu, Tom turut mengucapkan terima kasih serta kehadirannya itu di acara itu cukup bermakna.
Diruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat pelakon itu bersembang lama dengan bintang Hollywood itu serta menyifatkan ianya momen istimewa.
Sementara itu, ramai yang memuji Ezzrin dilihat yakin ketika berborak dengan Tom Cruise serta mengatakan jika mereka berada di tempat tersebut pasti akan kelu dan gugup.