Neelofa Tukar Ruang Pejabat Buat Kelas Ilmu

Selebriti terkenal, Neelofa ada memuat naik perkongsian ruang pejabat yang sebelum ini tidak digunakan kini dijadikan kelas ilmu.

Menerusi perkoongsian di Insta Story, Neelofa berkata sebelum ini ruangan atas pejabat asalnya disediakan untuk sesi LIVE, namun ada bahagian lagi yang tidak digunakan.

BACA: “Otak & Emosi Boleh Rosak, Mindset Kolot Suka Pukul Anak” – Neelofa

“Sebenarnya ni pejabat Nilofa Plus, bahagian atas untuk melakukan siaran langsung (live) tapi sebahagian lagi tak digunakan. Jadi kita tukar pada bahagian untuk buat kelas,” katanya.

Menurut Neelofa lagi, dia turut mengucapkan terima kasih buat suaminya, PU Riz yang tidak jemu mengajak dan mengingatkannya untuk menganjurkan kelas ilmu.

“Terima kasih kepada suami kerana tidak jemu membebel dekat saya untuk buat kelas ilmu. Alhamdulillah semoga kita semua dapat manfaat,” katanya.

×