Vivy Yusof Dedah Hidap SLE, Ramai Luah Simpati

Buat mereka yang mengikuti Vivy Yusof, usahawan dan pempengaruh itu berkongsikan penulisan mengenai kisah hidupnya dalam bentuk newsletter yang dihantar menerusi emel.

Baru-baru ini, tular satu newsleter apabila ada pengikutnya mendedahkan isi kandungan emel berkenaan yang memaklumkan tahap kesihatan pengasas FashionValet itu.

BACA: Akaun Kena Beku, Vivy Yusof Terharu Ada Rakan Belanja Beef Wellington

Dalam newsletter berkenaan, Vivy mendedahkan menghidap lupus atau systemic lupus erythematosus (SLE) iaitu penyakit autoimun sistemik dimana sistem imun badan pesakit menyerang sel-sel dan organ tubuhnya sendiri.

Menerusi hantaran itu juga, Vivy berkata doktor turut memaklumkan bahawa penyakit tersebut tiada penawar.

Terkejut dengan berita berkenaan, Vivy berkata dia turut teringat mengenai sahabatnya yang menghidap penyakit sama dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Di media sosial, rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap Vivy kerana menghidapi penyakit itu serta mendoakan agar pempengaruh itu tabah menghadapi ujian berkenaan.

Bagaimanapun, ada segelintir yang meninggalkan komen kebencian terhadap Vivy susulan kontroversi terpalit pempengaruh itu sebelum ini. 

Tidak kurang juga ada yang memberi teguran supaya tidak mengejek jika seseorang itu ditimpa ujian sebaliknya tunjukkan simpati. 

×