Pelakon Rita Rudaini berkongsikan pengalaman ketika dia naik turun mahkamah sebelum ini dimana banyak perkara direbutkan antara bekas suami dan isteri.
Lebih mengejutkan, Rita berkata ada sehingga roti gardenia dalam resit untuk nafkah anak juga dipertaikaikan di dalam mahkamah syariah.
BACA: “Yang Tak Nak Belajar, Sila Keluar…” – Rita Rudaini Ulas Isu Buli Di Sekolah
“Dalam mahkamah ada yang kes berebut tilam, kipas siling. Macam-macam bila dah benci. Pernah satu ketika…sampai roti gardenia dalam resit untuk nafkah anak pun dipertikai..’roti gardenia ni siapa makan?’ tulisnya.
Sementara itu, Rita turut menyifatkan mana-mana lelaki yang berkahwin dengan penyondol dianggap sebagai seorang yang tidak bijak.
“Lelaki yang kahwin dengan penyondol ini tak ada yang bijak. Kalau dia bijak, takkanlah dia pilih penyondol kan?” katanya.