Pelakon Edika Yusof berkata meskipun reda dengan perceraiannya dengan bekas isteri, Nor Hidayah, dia berhasrat mahu rujuk dalam tempoh iddah.
Memetik Harian Metro, Edika berkata dia berharap mereka boleh terus mempunyai hubungan baik dengan Hidayah serta tidak akan berputus asa untuk selamatkan rumah tangganya.
BACA: “Saya Tiada Rekod Curang” – Edika ‘Hai’ Model Cantik Untuk Ajak Kolaborasi Produk
“Apapun, ia tetap bergantung kepada kemahuan bekas isteri untuk kita rujuk, namun apa yang penting saya berharap kita boleh terus mempunyai hubungan yang baik demi anak-anak.
“Siapa suka dengan perceraian, tapi sudah dua kali dia failkan. Jadi, saya nampak sangat kesungguhan dia mahu berpisah dan mahkamah juga membenarkan kami bercerai dengan talak satu.
“Mana tahu kalau ada usaha dan takdir. Mungkin kami boleh rujuk balik. Cuma, saya tidak akan pernah ‘give up’ untuk menyelamatkan rumah tangga saya semula,” katanya.
Sementara itu, Edika berkata dia sering menghantar mesej bertanya khabar kepada Hidayah namun bekas isterinya seolah menjauhkan diri.
“Jadi, saya cuba sebagai seorang sahabat walaupun dia sudah tiada kasih sayang lagi terhadap saya,” katanya.
SUMBER: Harian Metro