Pelakon Nora Danish mengambil keputusan untuk menjual semua koleksi kasut tinggi berjenema miliknya selepas sedar akibat menyimpan barang yang tidak digunakan.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Nora berkata dia terdetik untuk berbuat demikian selepas membaca catatan ketika menghadiri kelas agama mengenai pengisian surah Al-Humazah.
BACA: Berjaya Khatam Al-Quran 10 Hari, Nora Danish Anggap Hadiah Istimewa
Surah tersebut menceritakan mengenai neraka al-Hutamah yang merupakan tempat untuk mereka yang suka mengumpat dan mengumpul harta benda.
“Pagi tadi (semalam) saya ulang kaji apa yang belajar dekat kelas, terbuka surah Al-Humazah tentang golongan pengumpat dan pengkeji yang akan dimasukkan dalam neraka khas iaitu al-Hutamah. Neraka ketiga ke bawah. Bawah sekali neraka Jahanam, Jahim dan al-Hutamah.
“Neraka ini dibuat untuk golongan pengumpat dan pengkeji termasuk golongan yang menghitung harta iaitu meletakkan harta lebih dari Allah,” katanya.
Menurut Nora lagi, dia mahu menjual barangan yang tidak dipakai dan hasil jualan itu akan digunakan ke arah lebih baik.
“Duit tersebut akan digunakan untuk beli benda baharu yang kita perlukan atau bersedekah. Mana-mana yang bersesuaian dengan anda. Semoga bermanfaat,” katanya.
SUMBER; Utusan Online