Pelakon Eyka Farhana meluahkan rasa syukur selepas tujuh tahun mereka mengenali antara satu sama lain, dia dan Akhyar Rashid akhirnya disatukan sebahai suami isteri.
Memetik BH Online, Eyka berkata mereka hanya mampu merancang namun Allah adalah sebaik-baik perancang apabila sah diijabkabulkan sehari selepas ulang tahun kelahiran suaminya.
BACA: “Eyka Pandai Masak” – Keperibadian Eyka Farhana Buat Akhyar Jatuh Cinta
Sementara itu, Eyka berkata pemain bola sepak kebangsaan itu selalu membuatkan dirinya ketawa serta menyifatkan Akhyar seorang lelaki yang bertanggungjawab dan sentiasa memberikan sokongan.
“Sepanjang bersama, dia selalu buat saya ketawa. Tidak dinafikan, wanita ini selalu ‘overthinking’ (terlebih berfikir), jadi dia selalu beri sokongan dan kegembiraan.
“Namun, apa yang membuatkan saya jatuh cinta dengan Akhyar kerana dia adalah tulang belakang buat keluarganya. Bagi saya, cara nak lihat bagaimana lelaki akan menjaga kita dengan melihat dia menjaga keluarganya.
“Selain itu, Akhyar juga seorang yang bertanggungjawab, ‘gentleman’ (budiman) dan anak yang baik,” katanya.
Terdahulu, Eyka dan Akhyar sah bergelar suami isteri pada 2 Mei lalu. Eyka menerima mas kahwin sebanyak RM3,200.
SUMBER: BH Online