Tahniah diucapkan buat penyanyi Sufian Suhaimi yang selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hati, Rania Al Sadat pada Jumaat lalu.
Rata-rata netizen memuji kecantikan isteri Sufian dan ramai tidak tahu bahawa Rania merupakan seorang peguam.
BACA: Sufian Suhaimi Akui Dah 99 Peratus Sedia Untuk Nikah
View this post on Instagram
Baru saja berusia 25 tahun, wanita itu dikatakan mempunyai pakej lengkap kerana bukan saja cantik tetapi seorang yang bijak.
Menerusi perkongsian Instagram Nona, Rania memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Kepujian dari International Islamic University Malaysia (UIAM).
Bukan itu saja, Rania juga seorang yang meminati dunia peragaan, aktif dan turut mempunyai lesen menyelam skuba.
Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan Rania sememangnya sepadan dengan Sufian yang turut mempunyai latar belakang pendidikan tinggi serta mendoakan pasangan itu kekal bahagia.