Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai rumah tangga  Azlan Komeng dan isterinya, Nur Nilam Ortiz apabila muncul wanita berniqab dikatakan kekasih baru pelakon berkenaan.

Memetik mStar Online, Azlan berkata mendakwa wanita berniqab dikenali sebagai Maizila Aini  menggunakan ilmu hitam bertujuan mahu merosakkan perkahwinannya bersama Nilam.

BACA: “Saya Akan Terus Sayangkan Awak” – Azlan Komeng Enggan Cerai Nur Nilam

Malah, Azlan berkata dia sudah membuat laporan polis terhadap wanita itu atas perbuatan yang dilakukan terhadap isterinya. Malah, selepas ‘barang’ yang digunakan itu diambil, wanita tersebut seperti tidak tentu arah.

“Saya sebenarnya sudah tangkap sesuatu yang pihak itu ada guna unsur yang tidak baik. Saya jelas dan pasti yang niat dia tiada lain, dia mahu musnahkan Nilam dan rumah tangga saya. Dia nak musnahkan itu semua sebab dendam.

“Sekarang ini saya sudah buat laporan kepada polis terhadap perbuatan dia terhadap Nilam. Jadi sekarang ini bila saya tahu dan ambil ‘barang tersebut’ dia jadi tidak tentu arah,” katanya.

Sementara itu, Azlan berkata dia mengenali wanita itu sebelum berkahwin dengan Nilam dan mengikut rentak wanita tersebut untuk melihat sejauh mana permainannya.

Tambah Azlan lagi, dia terpaksa merahsiakan perkara itu dari Nilam kerana isterinya suka berkongsikan di media sosial.

Dalam pada itu, Azlan turut meminta wanita tersebut agar tidak melakukan perkara khurafat serta sama sekali tidak akan mendirikan rumah tangga bersama Maizila.

SUMBER: mStar Online

×