“What a Joy Killer, Patutlah Kawan Dengan…” – Elfira Loy

Sejak semalam hangat diperkatakan di media sosial mengenai busana perkahwinan pempengaruh media sosial, Ezlisa Loy yang dikatakan mirip dengan busana yang pernah digayakan pempengaruh, Ally Mukhriz.

Untuk rekod,  Ezlisa Loy mengenakan busana songket biru muda dengan perincian manik merah jambu rekaan Samm Republic. 

BACA: Elfira Loy Anggap Hong Kong Destinasi Pelancongan Halal Terbaik

Turut menjadi perhatian apabila Ally dilihat memuat naik semula gambar di hari persandingannya lima tahun lalu mengenakan busana rekaan dari Fizi Wooo.

Susulan itu, netizen membuat perbandingan serta mendakwa busana perkahwinan yang dipakai oleh Ezlisa menyerupai rekaan yang pernah digayakan oleh Ally.

Bagaimanapun, Ezlisa menjelaskan busananya itu diinspirasi daripada pereka antarabangsa dari Filipina, Michael Cinco. 

Sementara itu, Elfira dilihat ada memuat naik hantaran mempertahankan adiknya serta sindiran di laman Threads. 

Dalam pada itu, pereka fesyen Fizi Woo turut memberi reaksi terhadap hantaran yang dimuat naik oleh Ally.

“Masih menjadi rekaan yang paling saya banggakan. Penampilan yang sangat ikonik. Mereka masih cuba untuk menirunya selepas separuh dekad,” tulisnya.

×