fbpx

Watie Elite Tak Mampu Bayar Saman Hana Elite

Gagal membayar ganti rugi berjumlah RM707,351.83 yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Selayang, dua tahun lalu sehingga kini, Hana Elite sekali lagi telah memfailkan saman terhadap rakan kumpulannya, Watie Sadali atau lebih dikenali sebagai Watie Elite.

BACA: Hana Elite Lega Mahkamah Putuskan Watie Elite Bersalah

Menurut laporan Harian Metro, dalam permohonan itu, Hana memohon mahkamah mengeluarkan perintah waran tangkap sekiranya Watie selaku penghutang gagal hadir ke mahkamah bagi memberi penjelasan berkenaan kegagalannya membayar hutang berkenaan.

Menurut Watie yang turut ditemani suaminya, Zulkifli Daud atau lebih dikenali sebagai Joey ketika ditemui pemberita berkata, dia tidak membayar jumlah yang dituntut Hana kerana tidak berkemampuan.

“Saya tak mampu membayar jumlah tuntutan RM707,351.83 kerana tidak ada pendapatan tetap dan bukannya orang kaya,” jelasnya ketika selepas prosiding dijalankan. Mahkamah menetapkan 11 Oktober depan untuk perbicaraan kes.

Sebelum ini, Hana telah diisytihar muflis pada April 2013 kerana gagal menyelesaikan bayaran pinjaman bank sedangkan dalam masa yang sama, dia sendiri tidak mengetahui mengenai pinjaman tersebut.

Memetik kembali temu bual bersama Hana oleh Harian Metro, Hana sebelum ini ingin membantu Watie kerana terhimpit dengan kehidupan yang sukar ketika itu. Atas dasar persahabatan, Hana bersetuju untuk pinjamkan nama dan membayar duit pendahuluan bagi membolehkan dia beli kereta (Toyota Wish). (rtky/s)