Wanita Sumbat Anak Dalam Mesin Basuh

Bermula hanya sekadar gurauan namun akhirnya mengundang padah. Seorang wanita dipercayai menyumbat anaknya ke dalam mesin basuh di sebuah pusat dobi layan diri.

Kejadian yang berlaku di Laundry Bar cawangan HVS Resources Bukit Sentosa itu berpunca daripada niat seorang ibu yang mahu bergurau dengan anaknya.

Menurut Oh My Media, wanita tersebut memasukan anaknya ke dalam mesin basuh tanpa berfikir panjang dan akhirnya didapati pintu mesin berkenaan tidak dapat dibuka semula selepas ditutup.

Kejadian itu mendapat perhatian ramai setelah wanita tersebut menjerit meminta tolong untuk membuka pintu mesin berkenaan demi menyelamatkan anaknya.

Bagaimanapun, tindakan pantas beberapa pekerja restoran mamak bersebelahan pusat dobi berkenaan akhirnya berjaya mengeluarkan kanak-kanak tersebut.

Berdasarkan sebuah video yang dirakam, pekerja tersebut akhirnya mengambil tindakan untuk memecahkan kaca pada mesin basuh berkenaan setelah tindakan mereka bertungkus lumus membuka pintu tersebut gagal.

Video ini bagaimanapun tular di laman Facebook dan rata-rata netizen melemparkan amarah atas tindakan wanita berkenaan yang tidak sepatutnya menjadi bahan gurauan.

×