fbpx

Wanita Dedah Video WeChat Shukri Yahaya

Bermula dengan screenshot perbualan di WeChat, kini wanita yang mendakwa dirinya telah digoda oleh Shukri Yahaya tampil lagi dengan pendedahan terbaru iaitu screenshot perbualan video yang didakwa sebagai pelakon lelaki berkenaan.

BACA: “Kalau Nak Curang, Saya Cari Yang Lagi Cantik”

Dikenali sebagai Sarah Danielle (gambar), wanita yang juga merupakan model sambilan itu menjelaskan kepada mStar Online, dia mula mengenali Shukri ketika pelakon berkenaan berada di Kuala Kangsar atas urusan penggambaran.

“Saya tiada apa-apa niat buruk selain mahu menghentikan gangguan dia. Sejak cerita ini heboh dia padam akaun Wechat peribadinya dan profile Instagram pun dia tukar. Kenapa dia nak takut kalau tidak bersalah, malah Instagram saya juga disekat dari akaunnya,” jelasnya.

Bagaimanapun, tidak mahu terus melatah, Shukri menyifatkan kontroversi melibatkan namanya ini bukanlah masalah besar baginya selain turut berharap agar perkara tersebut tidak dipanjangkan.

“Apa lagi yang dia nak? Tidak takutkah dia kalau saya ambil tindakan? Saya diam sebab malas nak panjang cerita kerana perlu menjaga reputasi diri dan maruah keluarga. Orang yang mengenali saya, tahu siapa saya,” jelasnya lagi. (rtky/s)

SUMBER: MSTAR ONLINE