“Walaupun Saya Nakal, Saya Pastikan Anak-Anak Celik Ilmu Agama”

Meskipun berdepan kecaman netizen susulan tindakannya memuat naik foto dan video hanya memakai bikini dan terlalu seski, bagaimanapun usahawan kosmetik Nur Sajat dilihat tenang menjalani kehidupannya seperti biasa.

Umum mengetahui, Sajat mempunyai sepasang anak angkat kembar bernama Syaza dan Syahmi. Menerusi perkongsian di Instagram, Sajat berkata meskipun dia seorang yang nakal, namun dia pastikan anak-anaknya mendalami ilmu agama.

BACA: “Orang Dulu Suka Berkemban, I Ikut Cara Orang Dulu”

Sajat berkata dia turut memanggil ustaz untuk datang ke rumah mengajar anak-anaknya mengaji, termasuk orang gajinya juga. Kata Sajat lagi, dia masih mengutamakan hal agama dalam kehidupannya.

“Alhamdulillah terima kasih ustaz zul, sentiasa datang rumah saya mengajar anak anak saya mengaji termasuk lah orang gaji saya. Walaupun saya nakal, saya masih utamakan hal agama dan tanggungjawab saya dalam memastikan anak anak saya celik ilmu agama sejak kecil lagi,” tulisnya

Seperti sudah dijangka, perkongsian Sajat itu menerima kecaman hebat daripada netizen. Meskipun ramai yang geram tindakannya yang mencetuskan kontroversi, namun mereka tetap memuji Sajat kerana sentiasa menjaga kebajikan anak angkatnya.

Kata netizen lagi, didikan agama pada anak itu adalah satu tindakan yang betul tetapi dalam masa sama Sajat perlu didik hati supaya dibukakan pintu hati untuk bertaubat. Dalam pada itu, rata-rata netizen mendoakan agar Sajat kembali je pangkal jalan suatu hari nanti

Baru-baru ini Sajat dikecam teruk oleh netizen sehinggakan beberapa golongan pendakwah meminta supaya orang ramai memboikot produk dan perniagaannya. Malah, ada yang menggesa pihak Jakim mengambil tindakan terhadap usahawan itu.

×