Meskipun ianya perkara yang mengaibkan, usahawan sensasi, Datuk Seri Vida menyifatkan isu sitaan membabitkan dirinya itu sebagai ujian daripada Allah.
Menerusi video di Instagram, Vida mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan serta memberi kata-kata semangat buat dirinya.
BACA: “Kontraktor Enjoy Makan Duit Dulu, Kerja Tak Siap” – DSV
View this post on Instagram
Kata Vida lagi, dia yakin bahawa ada hikmah besar disebalik ujian menimpa dirinya serta mengatakan kebenaran akan terbukti kelak.
“Terima kasih kepada semua yang doakan saya, yang berikan kata semangat pada saya, yang sokong saya dari belakang, yang tak putus-putus doakan saya dan keluarga supaya sentiasa dilindungi, dirahmati dan semangatlah kepada saya.
“Sokongan kepada keluarga saya Cik B dan Kacak semua itulah. Alhamdulillah, alhamdulillah dan atas ujian ini, atas kisah yang ‘viral’ pasal sita-sita ini, saya anggap sebagai ujian. Walaupun memang aib, benda ini aib, saya yakin dengan ujian ini ada hikmah besar.
“Kekayaan yang lebih besar, anugerah yang lebih besar Allah nak bagi. Subhanallah. Kebenaran akan terbukti, insyaAllah,” katanya.
Isnin lalu hangat diperkatakan apabila media melaporkan Vida didakwa gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan sebanyak RM1,060,285 sejak 2018.