Baru-baru ini, perkongsian pelakon Aidil Aziz menjadi perhatian apabila bertanyakan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sudah berapa lama mengenali penyanyi Bella Astillah.
Menerusi perkongsian di TikTok, Aidil bertanyakan perkara itu ketika menghadiri majlis perkahwinan pelakon Eyka Farhana dan Akhyar Rashid pada Jumaat lalu.
BACA: Terima RM100,000 Jadi Duta Minyak Wangi, Syed Saddiq Sumbangkan Semua Ke Muar
@itsaidilaziz Biar video berbicara? Kan sayang?@Fasha Sandha ??. . @Syed Saddiq @Bella Astillah fyp fylp? fylppppppppppppp fyppppppppppppppppppppppp
“YB dah kenal Bella berapa lama? tanya Aidil kepada Syed Saddiq.
Jawapan yang diberikan Syed Saddiq menjadi perhatian apabila mengatakan dia baru mengenali Bella namun seperti sudah selamanya mengenali wanita itu.
“Walaupun baru sementara kenal Bella, tapi rasa macam selamanya,” katanya.
Mendengar jawapan Syed Saddiq itu, Bella yang berada disebelahnya dilihat tersipu malu.
Diruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan jawapan diberikan Syed Saddiq itu serta menyifatkan Bella sangat beruntung jika memiliki ahli parlimen itu.