fbpx

Wak Doyok: Takkan Nak Letak Gambar Kubur?

Baru-baru ini Wak Doyok ada memuat naik gambar sebuah rumah banglo yang dihadiahkan khas untuk orang tuanya sebagai tanda penghargaan. Disebalik perasaan bangga peminat, ramai juga yang mengkritik tindakan Wak itu kerana dilihat seperti menunjuk. Berang dengan kritikan itu, Wak tampil membidas sikap negatif peminatnya.

“Instagram dicipta untuk post gambar-gambar yang kita suka dan kongsi sama-sama untuk kita nikmati kebahagian, keseronokan tetapi ada pula yang benci dengan apa yang kita muat naik”

“Kalau begitulah caranya takkanlah kita nak post gambar perkuburan? #Haters Batu Nisan dah tertulis nama kau. Salam hujung minggu,” tulisnya di akaun Instagram sebagai membalas kritikan negatif peminat.

Posting itu sekaligus mendapat pujian ramai kerana merasakan tindakan Wak menghargai orang tuanya patut dijadikan inspirasi buat anak muda di luar sana dan bukan dikutuk. Malah kongsi Wak lagi, beliau berhasrat untuk membawa ibu bapanya ke Mekah dan menyambut Aidilfitri di sana.

Tidak faham juga dengan segelintir peminat yang suka berfikiran negatif, sedangkan apa yang dipamerkan Wak terang-terangan suatu sikap yang patut dicontohi. Buat Wak, bersabarlah melayan kerenah peminat. (rtky/w)