fbpx

Wak Doyok Berhabis RM15,000 Demi Pakaian

Percaya atau tidak Ikon fesyen, Wak Doyok mendedahkan dia telah berhabisan sebanyak RM15000 untuk wardrobe pakaian bagi menjalankan penggambaran pertama filem yang dilakonkannya iaitu Abang Long Fadil 2.

“Babak aksi pertarungan ada 3 baju lebih kurang RM1,800 babak atas kapal ada 1 dalam RM 3,500 dan semua kos ialah RM15,000. Tapi kredit kepada saya punya branding tak ada masalah, kita bayar branding balik”

“Orang dah dapat pulangan balik, di mana kita dah dapat view di situ orang tengok jadi free of charge. Untuk itu orang akan beli balik branding saya,” katanya yang ditemui di Majlis Tayangan Filem Abang Long Fadil 2.

Sementara itu, Wak Doyok yang buat pertama kalinya beraksi sebagai pelakon di layar perak berkata, mula-mulanya dia tidak mahu untuk terlibat berlakon dalam filem ini, namun atas desakan pengarahnya, Syafik membuatkan Wak Doyok berasa yakin untuk mencuba bakatnya di bidang lakonan pula. (rtky/h)