fbpx

Vivy Yusof Umum Hamil Anak Keempat

Usahawan dan pengasas tudung dUCk Scarves, Datin Vivy Yusof mengumumkan berita gembira di Instagram apabila mengesahkan dia kini hamil anak keempat.

Menerusi perkongsian itu, Vivy turut memuat naik gambar memaparkan alat ujian kehamilan serta meluahkan rasa syukur di atas rezeki zuriat tersebut.

BACA: Vivy Yusof Tak Boleh Tidur Fikir Nasib Rakyat Palestin

Perkongsian Vivy itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis netizen yang mengucapkan tahniah serta mendoakan proses kehamilan berjalan dengan lancar.

Menerusi satu lagi perkongsian, Vivy turut memuat naik video reaksi suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar sebaik sahaja mendapat tahu mengenai kehamilan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Vivy dan Fadza mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.