Umum mengetahui usahawan dan pempengaruh sensasi, Vivy Yusof mengambil keputusan untuk meletakkan akaun media sosialnya dalam mod privasi susulan kontroversi terpalit dirinya.
Malah, sejak April lalu Vivy ada membuka satu akaun baru yang boleh diikuti oleh pengikutnya serta kembali menulis vlog seperti yang pernah dilakukan 20 tahun lalu di Proudduck.
BACA: Vivy Yusof Dedah Hidap SLE, Ramai Luah Simpati
Bagaimanapun, kali ini Vivy menulis di sebuah laman khas buat penghasil konten menghasilkan bahan bacaan berlanggan.
“Terima kasih kerana sudi mengikuti bab baharu dalam hidup saya ini, ke mana sahaja ia akan membawa saya. Saya juga telah membuat keputusan untuk menjadikan Sincerely, Vivy sebagai langganan berbayar,” katanya.
Difahamkan, platform berkenenaan menawarkan dua pilihan langganan; USD5 (RM20.99) sebulan atau USD55 (RM230.92) setahun buat mereka yang mahu melanggan.
Langganan tersebut juga boleh dijadikan sebagai gift dan boleh dibatalkan pada bila-blila masa.