fbpx

Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai kontroversi rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana apabila diganggu oleh pihak ketiga iaitu Ira Kazar.

Ketika kisah rumah tangganya menjadi bualan, tular video di aplikasi TikTok memaparkan Syamsul Yusof dan bapa Ira iaitu Kazar di sebuah kedai emas.

BACA: Puteri Sarah Tak Hairan Kalau Suami Nak Bayarkan Saman Ira Kazar

Menerusi video tersebut, kedua pelakon itu dilihat seakan sedang membuat konten sambil memegang beberapa perhiasan emas.

Bagaimanapun, video itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengecam tindakan Syamsul dan Kazar apatah lagi tengah panas kisah mereka.

Diruangan komen, ada yang mengecam Syamsul yang tidak menjaga hati isterinya serta keluarga. Dalam pada itu, rata-rata netizen mendoakan agar Puteri Sarah terus kuat dalam menghadapi ujian rumah tangga itu.

April lalu, Puteri Sarah mengejutkan ramai apabila mendedahkan rumah tangganya diganggu oleh pihak ketiga selama empat tahun. Tidak mampu berdiam diri lagi, minggu lalu Sarah akhirnya mengambil tindakan undang-undang.