Uyaina Arshad Ditegur Badan Naik Selepas Bersalin

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad ada membuat sesi soal jawab bersama pengikutnya menerusi nstagram di ruangan ‘Ask Me Question’.

Antara soalan diterima oleh pengacara berusia 30 tahun itu adalah mengenai perubahan bentuk badannya. Uyaina mengaku badannya naik selepas bersalin anak sulung.

BACA: Uyaina Arshad Akui Masih Kekok Uruskan Anak

Uyaina berkata dia sedar tentang perubahan tersebut dan ianya membuatkan Uyaina berasa agak sedih walaupun kenyataan itu benar.

“Menyedihkan, ini adalah benar. Lepas bersalin, bila tengok badan dekat cermin, rasa macam tengah mengandung empat bulan. Sebab perut buncit sangat selepas bersalin,” tulisnya.

Menurut Uyaina lagi, dia kini dalam fasa menurunkan berat badannya secara perlahan-lahan. Ujarnya lagi, dia juga faham mengenai kesan selepas bersalin secara pembedahan.

“Dah dua bulan selepas bersalin. Siksa juga nak turunkan berat badan. Nak kecilkan inci badan balik walaupun jaga makan.

“Tapi perlahan-perlahan terutama sekali sebab saya bersalin pembedahan. Beza dengan lahir normal. Tapi tak mengapa. Slowly but surely,” katanya. 

Uyaina mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Raja Syahiran pada 21 Disember tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki diberi nama Raja Urhan pada 8 September lalu. 

×