fbpx

Usia Kandungan 3 Minggu, Tom Alami Keguguran

Hasrat pasangan selebriti Fuad Rahman dan Tom untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila Tom mengalami keguguran pada Selasa lalu.

Memetik Harian Metro, usaia kandungan sudah mencecah tiga minggu, Tom berkata dia sudah merakam video untuk dikongsikan kepada peminat di media sosial.

BACA: “Tom Adalah Tulang Rusuk Saya Yang Selama Ini Hilang” – Fuad Rahman

“Masa dapat tahu sedang hamil, saya dan suami ada buat video nak kongsikan kepada peminat tapi tiba-tiba saya mengalami pendarahan.

“Apabila saya buat pemeriksaan, doktor kata saya mengalami keguguran. Kandungan pun baru masuk tiga minggu. Ia masih baru lagi dan senang nak ‘jatuh’ dan saya pula seorang yang aktif,” katanya.

Dalam pada itu, Tom berkata dia reda dengan ketentuan Allah dan mungkin tiada rezeki buat mereka.

“Tidak mengapa, tiada rezeki. Insya-Allah selepas ini kami rancang betul-betul dan jika ada rezeki kami terima,” katanya.

Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.